background

Monday, March 28, 2011

~u toOk my hEaRt aWaY~




Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dream
Try to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I’m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I ’m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Holding your hands
I won’t fear tomorrow
Here where we stand
We never be alone

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . . . 

::La tAhZaN::

"Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang 
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal..
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali..."
(surah Al-Hujuraat:13)



JODOH adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa..semuanya telah tertulis di dalam luh mahfuz Nya..sbg hamba pd Nya kita haruslah bersabar dlm mncari JODOH..insyAllah akan diberi petunjuk oleh Nya pd kita dlm mencari sesuatu kebaikkan..
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir...
 Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan..
 Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya...
 Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain....
 Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama...

Insan tersebut mungkin adalah JODOH kita apabila:

 Kita Berasa Senang Bersamanye
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya..

Menerima Kita Seadanya
Segala kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kita, dia memahami dan dapat menerima diri kita seadanya . Ini kerana tiada manusia yang dilahirkan terlalu sempurna. Dan dia juga sedia membimbing diri kita ke arah kebaikkan serta menasihati diri kita tanpa jemu.  

Sentiasa Jujur
ia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan kerana ia lahir dari dalam diri insan tersebut. Dan kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, hubungan cinta kita akan semakin kukuh. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan..insyaAllah..

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu orang yang disayangi, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Kerana cinta dan kejujuran itu sangat bermakna dalam suatu hubungan..

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus..

Memahami Diri Kita
Dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita..

Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya..

 Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa...

 Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya....


KU MENGHARAPKAN INSAN YANG MAMPU MEMBIMBING DIRI INI DAN DAPAT MENERIMA DIRI INI SEADANYA..YA TUHANKU BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA HAMBA MU DALAM MENCARI KEREDHAAN MU...SERTA BIMBINGLAH DIRI INI UNTUK MENINGKATKAN LAGI RASA CINTA KEPADAMU..DAN JANGANLAH ENGKAU MEMBIARKAN CINTAKU KEPADA MANUSIA MELEBIHI CINTAKU PADAMU..
AMIN....

Sunday, March 27, 2011

~kU mEnyAyAngImU~

Ku menyayangi dirimu bukan hanya kelebihanmu semata-mata tetapi kerana semua kekuranganmu, ku redha ku terima demi melengkapi sesame kita..

Ku menyayangimu kerana kebaikkan yang ada padamu yang memikat hatiku andai satu kelemahanmu membuat yang lainnya membencimu jangan disamakan diriku kerana akan ku bimbing dirimu kepada jalan kebaikkan secara bersama bukan membiarkanmu berduka rasa..

Ku menyayangimu kerana banyaknya ilmumu yang boleh dikongsi dirasa moga-moga demi kebahagiaan kita bersama di hari tua tetapi andai ilmu itu diuji menjadi tidak seperti yang diduga tidak perlu disisih tidak perlu dibuang kelak sama-sama kita mengatasinya..

Ku menyayangimu kerana apa yang sudah zahir di mata hati ini tidak perlu ditukar ganti kerana sayangku kasihku padamu tulus menerimamu seadanya..

Ku menyayangimu bukan kerana sesiapa atau kerana apa-apa tetapi kerana cinta sekian lama ku pada Allah Rabbul A’lamin..moga hubungan kita yang sedia ada sentiasa diberkati Allah dilimpahi kasih syg sesame kita berganda2..insyaAllah

Alhamdulillah ku bersyukur dengan apa yang telah ada sekarang..adanya kamu…………

Thursday, March 10, 2011

~no pain no gain~

frusttttttttttt!!!!!
itu yg mmpu ku katekan...
huhuhu...
sbb nye aku bli share..but loss la plak..
huhuhu...
mngkin effort yg de blum mncukupi lg..
mne x nye...
maen bli jer shares...
bkn nk stalker pape ker dlu..
kalo fb tau palk nk stalker...
huhu...
now nasi da jd bubur..
hehehe..
padahal gaem jer kot..
but try nk compete ngn yg len2..hehe
skang nih ranking top 10...
tkot jtuh plak rngking...
huhuhu..
but de la experience ckit2 nih..
xrugi pon maen game nih..
at least cube try test..
no pain no gain..hehe
yg pnting jgn greedy sesgt ler...
nnt dri sndiri rugi...
huhu...
sape2 yg da expert dlm maen saham nih
plezzz share2 la info ngn sy k..=)
thanxxxsss.....

Saturday, March 5, 2011

::bLajArlAh daRi kEsiLapAn....::

Setiap manusia itu tidak sempurna. Pasti ada kesilapan yang dilakukan kerana dek kelemahan masing2. Sebagai insan biasa kita haruslah menerima kelemahan yang ada. Meskipun sukar, itulah kenyataan yang harus kita akui. Anggaplah ia sebagai proses pembelajaran dalam kehidupan ini. Walaupun kita sudah cuba melakukan yang terbaik, kadang-kadang kita tidak sedar terselitnya kesalahan yang kita lakukan. Dan setelah itu bila kita sedar kita sudah melakukan kesilapan, haruslah kita memperbaikinya dengan segera. Itulah kesan positifnya kalau kita melakukan kesilapan. Tidak perlulah kita mencari kesalahan siapa, tapi cuba mencari bagaimana untuk memperbetulkanya. Haruslah berjanji pada sendiri supaya kesalahan yang sama tidak dilakukan berulang kali. Untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan mungkin memerlukan masa yang lama dan juga kesabaran yang tinggi. Tidak sia-sia kalau kamu bersabar dalam menghadapi kesukaran kerana kamu juga akan memperolehi kebaikan. Selalu positif dengan persekitaran yang berlaku disekeliling kamu kerana ia akan membantu kamu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Aku sendiri akui aku mempunyai banyak kelemahan yang harus diperbaiki. Banyak kejadian yang berlaku pada diriku sendiri sejak akhir-akhir ini yang membuatkan aku sedikit ‘down’. Pada masa yang sama aku akui agak sukar untuk aku mengakui kesalahan yang aku lakukan sehingga berasa kecewa dengan diri sendiri. Tapi mujur Dia membimbing aku untuk kembali pada Nya. Setiap kejadian yang berlaku mungkin ada sebabnya. Aku bersyukur pada Nya kerana masih diberi kesempatan untuk aku memperbetulkan apa yang salah. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya..InsyaAllah.. Buat mereka-mereka yang mungkin sudah melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak sengaja, cubalah belajar dari kesilapan…as our life learning process…semoga dipermudahkan Nya dalam mencari langkah-langkah baru..insyaAllah…=)
Please leave any comment..sharing is caring..=)