background

Tuesday, June 7, 2011

::ciNtA itU suCi & iNdAh::


CINTA itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yang mengotori dengan calitan nafsu dan syahwat. CINTA bertambah indah dan suci apabila Islam membatasinya dengan syariat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi CINTA, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. CINTA yang didasari tuntutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa nafsu merupakan lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Janganlah CINTA itu dicemari dengan CINTA berlogikkan nafsu syahwat semata-mata sehingga menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan noda kerana CINTA ITU SUCI & INDAH…=)

Allah berfirman yang bermaksud: “ Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya. Dan daripada kedua-duanya Allah membahagiakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”. (surah al-Nisa’ 4:1) 

Saturday, June 4, 2011

~stAnZa ciNtA~


Berderai mata hatiku
mendera semua harapan 
selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu


Meski sejuta cinta menyapa
masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami 
di bawah cinta-Mu alirkan bahagia
di redha-Mu


Ku tidurkan mimpi indah ini 
pada-Mu yang menggenggam takdir 
ku sandarkan harapanku ini pada-Mu ya Ilahi
ku simpan dalam rongga hati 
Stanza Cinta..

Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah

::dRaMa sTaNzA ciNtA baKaL ditAyAnGkN di TV3::



Tahniah buat penulis novel STANZA CINTA, NURULL HALAWATI (http://www.facebook.com/nurull.halawati ) kerana drama STANZA CINTA bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi..iaitu pada 19 June, 9 malam... dan akan disiarkan selama 13 episod...semoga drama ini akan mendapat sambutan penonton yang menggalakkan kerana novel ini merupakan novel yang mempunyai jalan cerita yang terbaik.. jalan ceritanya membuatkan mengalirnya airmata cinta pada-Nya apabila membacanya..di dalam novel ini terselit sebuah mesej "cinta suci & abadi" ..semoga apa yang ingin disampaikan oleh penulisnya akan dapat dihayati oleh pembaca dan penonton..bagi mereka yang belum membaca lagi novel ini kamu boleh lihat pada sinopsis dari blog penulis tersebut..
http://www.nurullhalawati.blogspot.com/p/home.html


P/S: tidak terasa rugi apabila dapat memiliki novel ini..kehadiran novel ini memang tepat pada masanya semasa mula membacanya..novel ini telah menyuntikkan kesedaran bahawa cinta yang suci dan abadi itu datangnya dari Allah S.W.T..Dia yang memberi rasa cinta itu dan Dia juga yang berhak menghilangkn rasa itu di dalam hati manusia..sesungguhnya Dia yang memegang setiap hati hamba2-Nya....teguhkanlah CINTA pada-Nya..cintailah manusia itu seadanya... 

Ya Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu...


Thursday, June 2, 2011

~sEkadAr TEMAN SEMENTARA~



MengEnaLi sEsEornG itU kDanGkaLa mEmBuat KitE kEtaWa…
MengEnaLi sEsEornG itU jUgE kDanGkaLa mEmBuaTkaN kitE mEngALirkAn aiRmaTa…
sEsUngGuhnYE ..
mEngEnaLi sEsEoRanG itU maMpU mEmBeri sEjuTa rAsA..
mArAh, jAuh AtiE, sEdiH, gEmbiRa, sAyAnG, & riNdU…
tp sEdArkaH kiTa??? mEngEnaLi sEsEorNg itU sEbEnArNyE aDaLaH sAtU ANUGERAH…
biArpUn haDiRnyA hAnYa sEkeTikA & sEkAdAr TEMAN SEMENTARA…
bErsYukUrLah dGn kEhaDiRannYa kErNa bArAnGkaLi mELaLuinYa Lah kitE mEnGerTi apA iTU eRti sUatU pErhuBungaN…

p/s: Hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya. Kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang telah diberikan-NYa. Hidup ini tidak semestinya kita akan selalu berada di atas. Kadangkala kita harus juga berada di bawah supaya kita tidak mudah terleka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kadangkala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Kadangkala kita pelu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis airmata. Kegembiraan itu satu ujian dan kedukaan itu juga adalah ujian dari-Nya. Dan setiap kekecewaan dan kedukaan itu adalah titian menuju kebahagiaan…

::TidAk iStiqAmaH dALam sEsuAtu huBunGaN::


Seseorang yang sering bertukar-tukar pasangan 
antara orang yang sukar menemui jodoh. 
Sebabnye golongan sebegini sebenarnye mempunyai sifat
 suka mempermainkan perasaan orang lain. 
Apabila suka pada seseorang, dia akan mendekatinya
 tapi apabila dia bertemu dengan yang lain dia akan beralih arah pula kepada orang itu. 
Apabila seseorng itu menyebabkan kekecewaan 
terhadap pasangan yang ditinggalkan menyebabkan hidupnya tidak diberkati. 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan. 
Oleh sebab itu seseorang yang ingin mudah bertemu jodoh
 hendaklah sentiasa menghargai dan menghormati bakal pasangannya 
dan jangan terlalu mudah untuk meninggalkannya. 
Pertahankan sebaik mungkin perasaaan cinta yang ada di hati 
agar masing-masing selamat meniti hari menuju ke hari yang menghalalkan percintaan itu. 
Tetapi harus difahami mempertahankan perasaan itu mestilah sesuai 
dengan landasan syariat tanpa dinodai nafsu dan syahwat..
wallahualam..