background

Thursday, June 30, 2011

::bUkAn kiSaH dOngEng::

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Menghayati lagu ini dari sudut yang lain.....

Bukan kisah dongeng..tapi CINTA yang sebegitu memang ada.. CINTA yang tidak perlu dibanding2kan.. DIA menerima dan mencintai hamba-Nya yang mencintai-Nya dengan tulus dan ikhlas..sekiranya mahu cinta sebegitu, cintailah DIA...sekiranya mahu dicintai seadanya dan dicintai bukan kerana paras rupa, cintailah DIA... DIA menerima CINTA dari hamba-Nya tanpa mengira kedudukan darjat kekayaan ataupun paras rupa..kerana itu semua hanya pinjaman semata2 yang dipinjam oleh-Nya untuk hamba-Nya..tidak perlu semua itu meraih CINTA dari-Nya..kerana DIA memiliki lebih dari semua itu.. Sesungguhnya DIA Maha Penyayang..menerima hamba-Nya seadanya.. DIA juga Maha Pengampun..menerima hamba-Nya yang benar2 ikhlas untuk kembali pada-Nya..dan sekiranya mahu seorang teman yang sentiasa menjadi pelindung untuk diri kita, cintailah DIA...  DIA adalah sebaik-baik pelindung kepada mereka yang selalu ingat pada-Nya ketika senang atau susah dan bagi mereka yang sentiasa mengharapkan kasih DIA untuk dijadikan tempat bergantung harap..DIA juga sudi menjadi pendengar yang setia untuk hamba-Nya yang selalu memohon pada-Nya..DIA adalah sebaik2 teman yang kita perlukan di dunia yang hanya sementara ini......itulah CINTA dari Allah.....


Tuesday, June 28, 2011

::bAkAL tiBa haRi yANg diNaNtiKaN...::

LAGI sekali perasaan NERVOUS tuh ada balik..huhu..hari yg dinantikn bakal tibe pada esok harinye..kali nie bukan rase NERVOUS je yg ade..bermcm2 rase da dtg nie..huhu..boley dikatekan tahap KRITIKAL da nie..alahai..g la maen jauh2 wahai perasaan yg bermcm2 nie..itu arie bru pre-test..ini arie JPJ mariii...adeh,rase nk tumbuk2 je dada nie..biau hilang segala rase tuh..huhu..mudah-mudahan semuanye brjln dgn lancar la hendaknye..td da practice smpai ler confident bley wat esok..tp tibe2 rase berdebau2 da nie..~ape pon xboleh~ hope boley la wt dgn baek esok arie..insyaAllah...Ya Allah permudahkanlah urusan untuk hamba-Mu ini pada keesokan arienye..amin...


p/s: plez wish me good luck ye...mudah-mudahan lulus lah test JPJ tuh...wahai encik JPJ..jumpe anda esok arie k..(mak abah pon da pesan suh wat leklok esok)..insyaAllah,doakan anakmu ini berjaye esok..=) 


Sunday, June 26, 2011

::kEcEwA kEraNa ciNta::



Sesiapa yang tidak inginkan orang yang kita cintai terus setia bersama kita. Semua mahukan si dia setia sehingga menempuh alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat. Segala kata yang mengukuhkan mahupun segala janji telah diberikan dan sehingga kita rasa dialah yang terbaik untuk kita. Tetapi tiba-tiba dia pula berpaling tadah. Dan waktu itu kita mempersoalkan "Mengapa aku yang harus menanggung semua derita ini??". Kita berasa kecewa kerana kita merasa dialah yang terbaik, tercantik, terindah dan semua yang ter...dan segala-galanyalah. Sehingga kita sukar membayangkan ada orang lain seumpama dirinya. Dan kita pula memberikan cinta sepenuhnya. Sehingga ketika dia pergi tanpa berpaling padamu dan kamu bertanya "Kenapakah aku yang terpaksa menerima nasib sebegini".. Jika masih ada iman yang bersemi di dada, kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika lalu berkata "Allah ada!!!"..Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Katakan dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia yang terbaik tetapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti akan datang walaupun tidak dalam bentuk yang kita jangkakan. Jangan pernah merasakan diri kamu tersisih sebaliknya kamu adalah orang yang terpillih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Itulah rahmat Tuhan, kekadang Dia memutuskan untuk menyambungkan, bermaksud putus cinta dengan manusia lalu bercinta dengan Allah. Sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Disebalik kesusahan, kegagalan itu pasti ada sebabnya dan semuanya itu telah tertulis di dalam luh mahfuznya. Sesungguhnya dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah mengingati Allah...


Wednesday, June 22, 2011

::ciNtaiLah sEadAnyA::



"Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.. 
Bencilah apa yang engkau benci itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika"

Jika kamu kenal Allah s.w.t hati kamu akan lega dan reda sekiranya sesuatu musibah itu menimpa diri kamu. Apabila sesuatu musibah itu melanda selalulah kamu ingat bahawa itu adalah petanda Allah agar kita ingat pada-Nya. Sesuatu kebaikkan yang datang dalam bentuk kepahitan dan ubat yang paling mujarab untuk kita yang sering hilang sifat kehambaan. Cintailah sekadarnya sahaja supaya apabila kelak dia pergi dari hidup kamu, kamu akan dapat menerimanya dengan baik. Ingatlah setiap perpisahan itu petanda-Nya untuk kamu mendekatkan diri pada cinta-Nya. Jangan sekali-kali melihat kebahagiaan itu sebagai sesuatu yang teramat indah. Apa yang berlaku semuanya di luar jangkaan kita. Sesungguhnya kita tidak mampu menahan sesuatu itu daripada berlaku terhadap diri kita. Cintailah sesuatu yang kamu amat sayang itu seadanya kerana semua itu hanya pinjaman sementara. Apa yang berlaku pada hari ini kebanyakkan mereka terlalu mencintai dunia berbanding mengejar cinta pada-Nya. Sesuatu itu harus dibataskan dengan meningkatkan cinta pada-Nya. 

 "Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya, 
agar tidak berpaling daripada-Mu.."

"Ya Allah, aku mencintai dia kerana-Mu. Sungguh! Hanya kerana-Mu, kerana cintanya yang ada untuk-Mu. Izinkan aku menikmati keindahan cinta yang Engkau anugerahkan ini Ya Allah..amin.." 


Saturday, June 18, 2011

::pLeazE...wiSh mE gOoD LuCk..=)::

NERVOUS…NERVOUS…NERVOUS…mcm mne nk hilangkan rasa nie..lagi pagi tadi okey je..bile da mlm nie tetibe rase xsenang duduk dibuatnya..berdebar2 skit perut pon ade nie..aishh..nk wt cmne nie..nak xnk kne buat gak esok..huhu..nie sume gara2 nk wt driving pra-test esok..hehe..seyes xboleh handle rase nie dah..tkot xboley nk tido pule dibuatnye..tp nk xnk kne gak g esok..kne juge hadapinye esok..risau dan takut banyak wt kesilapan jer esok..ternyata rase nervous nie lg teruk..mse amik final exam pon xde rase seteruk nie..huh..someone said “relax lar..senang jer tuh..pra-test jer pun..”, yelah..knelah think positive kn..hope ok la esok..”Ya Allah, permudahkanlah untukku…amin..”

p/s:wish me gOoD LuCk…=)