background

Thursday, May 10, 2012

kEhEndaK yaNg bELum dirEdhai-Nya

Apa pun keputusan yang kita ambil selepas ini, itu bergantung kepada petunjuk dan kehendak-Nya. Kita tidak boleh memaksa Dia memberikan segala yang kita mahukan. Boleh jadi apa yang kita mahukan itu bukan yang terbaik untuk kita pada masa hadapan. Biarlah Dia sahaja yang membantu kita dalam memilih kehidupan ini. Kita harus akur seluruh kehidupan kita ini adalah milik-Nya yang mutlak dan hakiki.

Terkadang mungkin kita tertanya sendirian, kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diri ini? Kenapa hidup ini sering rumit? Malah kenapa juga hidup ini sering tidak menjadi kenyataan sama seperti yang diimpikan? Lalu jawapan yang pasti kita temui, "Kerana saat itu kehendak kita belum diredhai-Nya!"


#StaNzaCinTa

pEndaM


Aku yang mengejar bayang cinta

Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta



Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati



Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta



Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati



Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

shaHiR


Sunday, July 31, 2011

inDaHnYa "La TahZaN"

Andai ternyata keinginanmu tidak selari dgn keinginan Allah S.W.T,
ternyata apa yg diharapkan esok hari tidak menjadi nyata,
malah yg terjadi adalah sesuatu yg sebaliknya,
maka kamu mesti tetap ikhlas..
Kamu harus menerima semuanya dgn senyuman yg mekar menguntum 
dan dgn redha yang tidak terhitung..

Persiapkanlah hidupmu hanya untuk Allah 
Dialah tujuan hidup,
malah sebaik-baik tujuan hidup!!
Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal 
dan tawassul untuk mencapai keredhaan Allah..

Maka,jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu
Kerana itu memang bukan untukmu
Bersihkan hatimu, ikhlaskan hati 
dan redhailah dengan ketentuan Nya
Kerana kita adalah sebenar-benarnya hamba
Jadilah hamba yang tahu kenal diri
serta tahu bersyukur kepada Tuhannya..

~La TahZan~ 


Sunday, July 24, 2011

::yG sEmpUrnaKanKu::

Ya Tuhanku..
Aku tidak meminta yang sempurna 
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna..
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMu..
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya..
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seorang yang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya..
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna....
Amin...

Moga dia lelaki yang Engkau persiapkan untuk diriku.. 


Friday, July 15, 2011

::CINTA IBARAT AIR::

Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidupan anda terumbang-ambing...

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita..

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia berterusan menghanyutkannya ke muara...

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya...

Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..^_^