background

Saturday, February 19, 2011

mY assigNmeNt...;-)

assalammualaikum...
tuk subjek ctu arie tuh,sy kne wt assignment yg brtajuk Pembangunan Kampung Baru ke arah Memperkasakan Melayu Bandar..nie lah antara hasil keje ku...rajin2 kn lah dri tuk mmbace..as knwledge..selamat membace tuk mnambahkn info anda..;-)

Seperti yang diketahui umum isu pembangunan Kampung Baru telah lama diusahakan bermula pada 1957 dengan menyatukan pelbagai lot-lot kecil tetapi langkah tersebut tidak menjadi. DBKL telah mengemukakan pelan konsep pembangunan dengan tujuan mengelakkan pemilik individu membangunkan tanah mereka secara persendirian. Setelah itu, pada tahun 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan jawatankuasa pembangunan semula Kampung Baru tetapi usaha itu gagal. MAS Melayu Berhad juga pernah ditubuhkan untuk membangunkan Kampung Baru, tetapi usaha mereka terhenti separuh jalan. Pelan Tempatan Kampung Baru yang dikeluarkan oleh DBKL pada 1992 sehingga kini tidak diketahui umum bentuknya sehinggalah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya yang melibatkan Kampung Baru dibentangkan.  
Antara isu yang berbangkit berkaitan dengan Kampung Baru adalah isu berkaitan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Katanya walaupun kuota 40% daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak, orang melayu dipastikan akan menjadi keutamaan. Walaubagaimanapun cadangan ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Baru. Mereka tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana mereka ingin mempertahankan Kampung Baru sebagai satu-satunya asset orang melayu dalam kawasan tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Mereka lebih rela membangunkan Kampung Baru dengan cara kemampuan sesame mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin akhirnya nanti terlepas ke tangan pihak yang lain. Selain itu isu yang terbaru adalah apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membentangkan satu pelan pembangunan alternatif  kepada pemilik tanah dengan memberi jaminan bahawa hak pemilikan kaum bumiputera ke atas tanah mereka akan dikekalkan. Pelan tersebut dirancang dengan pembentukan satu tabung amanah untuk mentadbir tanah di Kampung Baru. Melalui rancangan alternatif tersebut, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka. 
Persoalan yang timbul adakah pegangan penduduk Kampung Baru ke atas tanah mereka akan dikekalkan apabila kuota 40% daripada kawasan tersebut dibukakan kepada kaum lain iaitu bukan bumiputera. Ada pihak yang memutarbelitkan bahawa apabila orang bumiputera enggan menyetujui cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan. Selain itu timbul juga persoalan adakah penduduk Kampung Baru akan kekal di Kampung Baru atau memerlukan untuk mereka berpindah ke tempat lain setelah pembangunan di Kampung Baru dijalankan. Mereka khuatir hak pemilikan tanah mereka hilang begitu sahaja dan nasib mereka tidak akan terbela. Ada juga yang mempersoalkan berbaloikah pampasan yang diberi dengan menggadaikan tanah mereka kepada kerajaan untuk dibangunkan. Kepada pihak-pihak tertentu haruslah tampil memberi penerangan yang lebih jelas supaya penduduk Kampung Baru tidak berada dalam dilema.
Persepsi orang ramai  terhadap pembangunan Kampung Baru, ada diantara mereka bersetuju jika Kampung Baru dibangunkan bagi mewujudkan struktur kawasan yang efisien dan saksama. Penduduk yang mempunyai kepentingan hartanah dan perniagaan di Kampung Baru menyokong rancangan untuk membangunkan Kampung Baru dengan syarat pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh mereka dan memenuhi harapan mereka yang munasabah. Disamping itu wujud juga kumpulan pemilik tanah yang mendesak kerajaan membayar pampasan yang terlalu tinggi daripada harga pasaran dan penyewaan. Ada juga pihak yang ingin mempengaruhi tuan tanah supaya menyerahkan kuasa menguruskan tanah sehingga berlaku penipuan.
Terdapat segelintir pihak melabelkan kaum bumiputera adalah bersifat perkauman apabila mereka enggan tanah Kampung Baru terlepas ke tangan orang bukan bumiputera. Pada pandangan saya, bukan untuk mewujudkan sifat perkauman dalam kalangan bumiputera, tetapi untuk melindungi hak kaum bumiputera sebagai pemilik tanah Kampung Baru. Kampung Baru merupakan tanah orang melayu yang mereka pertahankan selama 110 tahun, kenapa tidak mereka diberi peluang untuk membangunkan sendiri tanah mereka. Mereka mempunyai hak untuk membangunkan tanah mereka sendiri. Dalam perkara yang lain,.seharusnya DBKL berbincang terlebih dahulu dengan penduduk Kampung Baru dari mula-mula perancangan dalam soal pembangunan Kampung Baru. Ini untuk mengelakkan salah faham dari mana-mana pihak kerana soal ini harus dipandang serius kerana sebelum membuat pelan untuk Kampung Baru, perbincangan haruslah diadakan terlebih dahulu. Dari sudut yang positif, perbincangan pelan pembangunan Kampung Baru bersama penduduk-penduduk mungkin menghasilkan persepakatan yang terbaik.    
Mengenai cadangan konsep pembangunan Kampung Baru, pihak tertentu terutama sekali kerajaan haruslah mendapat persetujuan daripada pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpndah ke tempat lain. Selain itu, harapan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa pembabitan sektor swasta bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru akan diwujudkan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Semoga masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan segera dengan menggerakkan badan amanah untuk merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kampung Baru dengan mengambi kira kebajikan dan hak pemilik. Selain itu pihak berkenaan haruslah memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu dipindahkan.


Friday, February 11, 2011

kAsih mErEkA meMbAwA ke sYurgA..

Dlm surah al-isra’ ayat 23-25..Allah menerngkn kpd kita supaya brbuat baik pd ibu bapa, mksudnye “dan Tuhanmu perintahkn supaya engkau tidak mnyembah melainkan kpd Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kpd kedua ibu bapa. Jika seorng atau kedua2nye sekali smpai kpd umur tua dlm jagaan dan peliharaanmu,jgnlah engkau brkata kpd kedua2nya skalipun prkataan ‘ah’ dan jgnlah engkau mnengking mereka tetapi katakanlah kpd mereka prkataan yg mulia. Dan rendahkanlah drimu kpd kedua2ye krn belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka seperti mana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil….”…
Tuhanmu lebih mngetahui apa yg kamu lakukan..dan Dia lebih mngetahui apa yg ada di  dlm hatimu…jika sesuatu prkara yg baik yg ingin kamu lakukan Dia pasti akn mmpermudahkanmu. Bg seorng anak wajib bg mereka mnjage kebajikan org tua mereka apabila dewasa kelak. Semua org mmpunyai ibu bapa. Ada juga yg tidak mmpunyai ibu bapa sejak mereka kecil. Seharusnye pd mereka yg mmpunyai ibu bapa haruslah brsyukur dg n nikmat yg diberi oleh Nya. Sbg tanda syukur pd Nya, seorng anak haruslah memikul tnggungjwb mnjage ibu bapa mereka dan mngasihi mereka spt mne kasihnya mereka mnjage anak2 nye sewaktu kecil dahulu. Seorng anak haruslah mngambil berat ttg kebajikan mereka setiap wktu. Wajb bg seorng anak mnjage hubungn mereka dgn ibu bapa krn mereka merupakn harta yg pling bernilai dlm hidup seseorng insan.
Walaupun skarang ramai antar mereka sudah brjaya dan mmpunyai kerjaya yg bagus, ibu bapa tidak harus kita lupakan. Apa pon ade juga antara mereka yg sudah mmpunyai pangkat yg besar dan hidupnya sudah mewah ttp tidak mahu mngaku ibu bapa mereka. Ade di antaranya mnghantar ibu bapa mereka ke ruamah kebajikan org2 tua. Dlm keadaan dunia moden skarang mereka lebih mementingkan soal duniawi dan wang ringgit. Mereka brtungkus lumus mncari harta sehingga melupakn tnggungjwb mereka trhadap ibu bapa mereka. Dan lebih mnyedihkan ade di antara mereka yg lupa jasa ibu bapa mereka yg telah brpenat lelah mnjaga mereka dr kecil hinggalah dewasa. Dlm soal mnjaga ibu bapa bukanlah prkara yg boleh dibawa main2 kerana ia adalah satu perintah dan tidak boleh dipandang ringan. Perbuaatan mnjage kedua ibu bapa kita adalah perkara yg Allah SWT tuntut tuk kita lakukan. Ini trbukti sebagaiman hadis diriwayatkan dlm Sahih Bukhari drpd Abdullah, katanya: “ aku brtnya kpd Nabi SAW amalan manakah yg paling disukai oleh Allah SWT? Baginda mnjawab solat pd waktunya. Abdullah brtanya lg, kemudian apa? Baginda mnjawab, kemudian berbakti kpd kedua-dua orang tua. Dia brtnya lg, kemudian apa? Baginda mnjawab, jihad pd jln Allah” .   Hadis brkenaan menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibu bapa dlm Islam. Berbakti dan berbuat baik pd ibu bapa adalh amalan yg patut didahulukan drpd prkara lain trmasuklah brjihad. Seorang tidak boleh mnederhaka trhadap ibu bapa mereka. Taatlah pd mereka selagi mereka tidak mnyuruh kamu melakukan prkara yg dimurkai Allah SWT. InsyaAllah prkara yg baek akan selalu diberikan kemudahan oleh NYa. Ikhlaslah dlm melakukan sesuatu tnpa mngharapkn apa2. Apa yg sy kongsikan brsame2 adalh untuk ingatan bersama. Sy juga masih bnyk kelemahan yg harus diperbaiki. Moga Dia sentiasa mmberi ptunjuk kepada diri kita dlm mncari keredhaan Nya..Amin….   

CIRI2 ANAK YG DERHAKA

- tidak mahu mnjaga ibu bapa mereka yg sedang uzur.
- enggan mnjaga ibu bapa mereka dgn alasan mempnyai tangunggan yg ramai.
- mngambil harta benda dan wang ibu bapa mereka.
- memaksa ibu bapa mereka menukarkan nama harta kpd nama mereka.
- merajuk krn tidak sependapat dgn ibu bapa mereka sehingga mengabaikan ibu bapa mereka.
- menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak meskipun mmpu mnghantar mereka mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak.
- menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan.
- tidak mnjaga hati dan perasaan mereka.


Monday, February 7, 2011

~Rapuh~

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick

kenapE akU tidAk BahAgiA...??

salam....
ade seseorng mngeluh pdku...katenye knape die sush sgt nk bhagia???die katekan lg...npe sush tuk die merasai kebahagiaan??npe susah bhagai itu hdir dlm hdup die??n mcm2 lg yg die risaukn...aku tau xsume mnusia rase bahagia slalu...kebahagiaan itu ade..cume kite sje yg xsedar..sering mngeluh ble dri xrase bhagia...kte lupe yg mngkin ade lg di luar sne yg lbih sengsara hidupnye dr kte..msing2 hnye mementingkn dri sndiri tnpe mempedulikn perasaan org laen...msing2 sibuk hndak mncari kbahgiaan dri sndiri tnpe mnghiraukn org laen..sbg insan seharusnye kte mngambil berat antare stu sme laen...seharusnye kte ade sifat kasih dan syg  antare stu sme laen...
      KEBAHAGIAAN itu bkn mudah tuk kte capai...kdang2 kte didatangi plbagai mslh dan musibah sblum bahagia itu mnjd milik kte...KESABARAN itu pnting kalo KEBAHAGIAAN yg ingin kte cari...membinanya bukan mudah...harus melalui pelbagai KESAKITAN dan KEPAYAHAN...KESULITAN itu sbg ingatan tuk kte sbg hambaNya sentiase brsyukur kpd Nya...sebenarnye dgn musibah yg menimpa ke atas seseorng itu akan menjadikan seseorng itu dkt kpd Nya kerana dgn itu mereka akn sntiase ingat pada Nya.....bersabarlah...bahagia itu pasti akn tibe pd kamu jika Dia mngkehendakinya....crilah keredhaan Nya dlm mnuju kebahagiaan..insyaAllah....

Saturday, February 5, 2011

jGn BrsEdiH...;-)

jgn lah bersedih sekiranya ade mslh yg melanda pd drimu...stiap mslh yg dtg tuh mrupakan ujian dr Nya tuk mnguji sejauh mne kekuatan kte dlm mgnhadapi sesuatu dugaan...ujian yg dtg sbg ingatan dr Nya tuk kte..sntiaselah ingat pd Nya yg mnciptakn segala ujian dan dugaan...Dia ciptakn ujian buat drimu sbg tnda yg Dia tidak prnh melupakn hamba2 Nya...ia sentiase dkt pd kte..sekiranya kamu lupe pdNya,maka Dia akn juge lupe pd kamu..dan bagaimane kamu nk mnghadapi sesuatu musibah tnpa prtolongn dr Nya...bersyukurlah dgn ujian yg dberi oleh Nya pd kte..mngape harus dtngisi...dan brsedih hati...sedangkn Dia ade disisi kte ketika kte memerluknNya...tetapi jgn pula kamu hnye mncari Dia ketika kamu sdg susah sje,dan melupakan Nya ketika kamu senang... carilah keredhaan dr Nya...rebutlah kasih sayang dr Nya...dan pasti kau akn mnemui kebahagiaan di situ....mohonlah pd Nya krn Dia syg  pd hambaNya yg slalu memohon prtolongn dr Nya...insyaAllah,Dia pasti akn mmbantu hmbaNya...yakinlah Dia yg selalu ade di sisi kamu....sesungguhnye Dia lebih mngetahui ape yg hambaNya tidak ketahui...mngkin pd kamu prkare itu tidak baek bgmu tetapi adlh baek bg Allah S.W.T.....wallahualam...

Thursday, February 3, 2011

kaEdah cUbA jAyA...;-)

salam.....cm bese arie nih update n upgrade lg my blog nih...pening gak nk susun2 blog nih....agak brterabur pon ade..tp xpe...bru nk cube try test..insyaAllah dgn kaedah cube jaya nih psti dpt mnghasilkn blog yg mnrik....usaha tuh pnting dan jgn prnh mngalah..sudi2 lah guide sy dlm mmbaiki blog nih supaya nmpk lbih mnarik..if de mne2 yg nmpk xsesuai or serabut hope dpt mmberi tnjuk ajar ye...;-) maklumlah SY BUDAK BRU BLAJAR...hehe...pliz leave any comment n suggestion...  TQ...;-)

iNtrOducTiOn...;-)

assalammualaikum....alhamdulillah..akhirnye cita2ku tuk mmpunyai blog sndri akhirnye trcpai..hehe...sbnrnye agak lme keinginn tuk mmpunyai  blog nih,cume blum de kesempatan n mse yg trluang...wt prtame kali mmg agak sush tuk mmbiasekn dri ngn blog nih..but lme2 ok ckit..hope sape2 yg view blog sy nih dpt share2 pape yg ptt bg mmbantu sy create blog nih dgn lbih mnarik..;-) for those yg da view jgn lpe follow and komen kt blog sy nih...sgale pndangn pndapt sgt2 dialu2 kn...(aish,brterabur ayat2 nih...rojak jdnyer..huhu)