background

Thursday, June 30, 2011

::bUkAn kiSaH dOngEng::

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Menghayati lagu ini dari sudut yang lain.....

Bukan kisah dongeng..tapi CINTA yang sebegitu memang ada.. CINTA yang tidak perlu dibanding2kan.. DIA menerima dan mencintai hamba-Nya yang mencintai-Nya dengan tulus dan ikhlas..sekiranya mahu cinta sebegitu, cintailah DIA...sekiranya mahu dicintai seadanya dan dicintai bukan kerana paras rupa, cintailah DIA... DIA menerima CINTA dari hamba-Nya tanpa mengira kedudukan darjat kekayaan ataupun paras rupa..kerana itu semua hanya pinjaman semata2 yang dipinjam oleh-Nya untuk hamba-Nya..tidak perlu semua itu meraih CINTA dari-Nya..kerana DIA memiliki lebih dari semua itu.. Sesungguhnya DIA Maha Penyayang..menerima hamba-Nya seadanya.. DIA juga Maha Pengampun..menerima hamba-Nya yang benar2 ikhlas untuk kembali pada-Nya..dan sekiranya mahu seorang teman yang sentiasa menjadi pelindung untuk diri kita, cintailah DIA...  DIA adalah sebaik-baik pelindung kepada mereka yang selalu ingat pada-Nya ketika senang atau susah dan bagi mereka yang sentiasa mengharapkan kasih DIA untuk dijadikan tempat bergantung harap..DIA juga sudi menjadi pendengar yang setia untuk hamba-Nya yang selalu memohon pada-Nya..DIA adalah sebaik2 teman yang kita perlukan di dunia yang hanya sementara ini......itulah CINTA dari Allah.....


Tuesday, June 28, 2011

::bAkAL tiBa haRi yANg diNaNtiKaN...::

LAGI sekali perasaan NERVOUS tuh ada balik..huhu..hari yg dinantikn bakal tibe pada esok harinye..kali nie bukan rase NERVOUS je yg ade..bermcm2 rase da dtg nie..huhu..boley dikatekan tahap KRITIKAL da nie..alahai..g la maen jauh2 wahai perasaan yg bermcm2 nie..itu arie bru pre-test..ini arie JPJ mariii...adeh,rase nk tumbuk2 je dada nie..biau hilang segala rase tuh..huhu..mudah-mudahan semuanye brjln dgn lancar la hendaknye..td da practice smpai ler confident bley wat esok..tp tibe2 rase berdebau2 da nie..~ape pon xboleh~ hope boley la wt dgn baek esok arie..insyaAllah...Ya Allah permudahkanlah urusan untuk hamba-Mu ini pada keesokan arienye..amin...


p/s: plez wish me good luck ye...mudah-mudahan lulus lah test JPJ tuh...wahai encik JPJ..jumpe anda esok arie k..(mak abah pon da pesan suh wat leklok esok)..insyaAllah,doakan anakmu ini berjaye esok..=) 


Sunday, June 26, 2011

::kEcEwA kEraNa ciNta::



Sesiapa yang tidak inginkan orang yang kita cintai terus setia bersama kita. Semua mahukan si dia setia sehingga menempuh alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat. Segala kata yang mengukuhkan mahupun segala janji telah diberikan dan sehingga kita rasa dialah yang terbaik untuk kita. Tetapi tiba-tiba dia pula berpaling tadah. Dan waktu itu kita mempersoalkan "Mengapa aku yang harus menanggung semua derita ini??". Kita berasa kecewa kerana kita merasa dialah yang terbaik, tercantik, terindah dan semua yang ter...dan segala-galanyalah. Sehingga kita sukar membayangkan ada orang lain seumpama dirinya. Dan kita pula memberikan cinta sepenuhnya. Sehingga ketika dia pergi tanpa berpaling padamu dan kamu bertanya "Kenapakah aku yang terpaksa menerima nasib sebegini".. Jika masih ada iman yang bersemi di dada, kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika lalu berkata "Allah ada!!!"..Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Katakan dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia yang terbaik tetapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti akan datang walaupun tidak dalam bentuk yang kita jangkakan. Jangan pernah merasakan diri kamu tersisih sebaliknya kamu adalah orang yang terpillih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Itulah rahmat Tuhan, kekadang Dia memutuskan untuk menyambungkan, bermaksud putus cinta dengan manusia lalu bercinta dengan Allah. Sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Disebalik kesusahan, kegagalan itu pasti ada sebabnya dan semuanya itu telah tertulis di dalam luh mahfuznya. Sesungguhnya dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah mengingati Allah...


Wednesday, June 22, 2011

::ciNtaiLah sEadAnyA::



"Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.. 
Bencilah apa yang engkau benci itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika"

Jika kamu kenal Allah s.w.t hati kamu akan lega dan reda sekiranya sesuatu musibah itu menimpa diri kamu. Apabila sesuatu musibah itu melanda selalulah kamu ingat bahawa itu adalah petanda Allah agar kita ingat pada-Nya. Sesuatu kebaikkan yang datang dalam bentuk kepahitan dan ubat yang paling mujarab untuk kita yang sering hilang sifat kehambaan. Cintailah sekadarnya sahaja supaya apabila kelak dia pergi dari hidup kamu, kamu akan dapat menerimanya dengan baik. Ingatlah setiap perpisahan itu petanda-Nya untuk kamu mendekatkan diri pada cinta-Nya. Jangan sekali-kali melihat kebahagiaan itu sebagai sesuatu yang teramat indah. Apa yang berlaku semuanya di luar jangkaan kita. Sesungguhnya kita tidak mampu menahan sesuatu itu daripada berlaku terhadap diri kita. Cintailah sesuatu yang kamu amat sayang itu seadanya kerana semua itu hanya pinjaman sementara. Apa yang berlaku pada hari ini kebanyakkan mereka terlalu mencintai dunia berbanding mengejar cinta pada-Nya. Sesuatu itu harus dibataskan dengan meningkatkan cinta pada-Nya. 

 "Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya, 
agar tidak berpaling daripada-Mu.."

"Ya Allah, aku mencintai dia kerana-Mu. Sungguh! Hanya kerana-Mu, kerana cintanya yang ada untuk-Mu. Izinkan aku menikmati keindahan cinta yang Engkau anugerahkan ini Ya Allah..amin.." 


Saturday, June 18, 2011

::pLeazE...wiSh mE gOoD LuCk..=)::

NERVOUS…NERVOUS…NERVOUS…mcm mne nk hilangkan rasa nie..lagi pagi tadi okey je..bile da mlm nie tetibe rase xsenang duduk dibuatnya..berdebar2 skit perut pon ade nie..aishh..nk wt cmne nie..nak xnk kne buat gak esok..huhu..nie sume gara2 nk wt driving pra-test esok..hehe..seyes xboleh handle rase nie dah..tkot xboley nk tido pule dibuatnye..tp nk xnk kne gak g esok..kne juge hadapinye esok..risau dan takut banyak wt kesilapan jer esok..ternyata rase nervous nie lg teruk..mse amik final exam pon xde rase seteruk nie..huh..someone said “relax lar..senang jer tuh..pra-test jer pun..”, yelah..knelah think positive kn..hope ok la esok..”Ya Allah, permudahkanlah untukku…amin..”

p/s:wish me gOoD LuCk…=)   

Friday, June 17, 2011

::tEriMa kAsiH Ya AllaH...=)::


ALHAMDULILLAH..akhirnya result sudah pun diketahui. Semuanya kelihatan berpuas hati dengan result yang mereka perolehi. Ada yang mengatakan “result bese2 je”..ada yang tidak menyangka bahawa result mereka “unexpected” dan macam-macam lagi. Apa-apa pun result yang diperolehi, masing-masing bersyukur dengan apa yang mereka telah usahakan. Apa yang telah diusahakan itu adalah yang terbaik. Walaupun ada yang tidak mencapai apa yang ditargetkan, tp sekurang-kurangnya masing-masing sudah boleh menarik nafas lega. Dan buat mereka yang mendapat “Dean List” , tahniah..dan untuk yang masih belum mencapai apa yang diinginkan, usaha yang berterusan itu perlu. Dan yang penting sentiasalah memohon pada-Nya semoga dipermudahkan untuk segala urusan yang baik. Sentiasalah ingat pada-Nya dalam setiap urusan yang kamu lakukan. Dan jangan berputus asa dan berhenti memohon dari-Nya..Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya…..

P/S:alhamdulillah...result kali ini tidak mengecewakan...berkat usaha dan doa dari mak abah, lecturer2 yg sporting, housemates kesayangan, n classmates yg terbaekk!!...xlupe jugak kt someone yg slalu ade tuk sy n support sy (ustaz asyraf..hehe)...da boleh tarik nafas lega sikit..after dis going for internship..then da boley grad...=)


Thursday, June 16, 2011

::mEmiLiki & dimiLiki::



Mengapa semua rasa pedih ada di dalam hati disaat ditinggalkan, dikecewakan atau putus cinta???? Ini kerana wujudnya sifat atau rasa memiliki atau dimiliki oleh seseorang itu. Si lelaki merasakan si wanita itu kepunyaannya dan sebaliknya juga..maka apabila salah seorang dari mereka melarikan atau menghilangkan diri, dan hidup mereka jadi tidak terurus dek kesedihan yang terlampau..Jika difikirkan dengan sedalam-dalamnya, apa yang kita rasa adalah milik kita sebenarnya bukanlah milik kita..Dia adalah milik Allah, maka bila-bila masa saja Allah boleh mengambilnya samada menerusi kematian, perpisahan, atau penceraian... Untuk tidak menjadi terlalu menderita didalam hidup maka janganlah rasa kamu memiliki sesuatu..Ingatlah bahawa kamu hanya peminjam bukan pemilik..Jika sesuatu itu diambil dari kamu oleh empunyanya bukan bermakna sesuatu itu dirampas dari kamu tetapi sebenarnya kamu memulangkan kembali pada yang lebih berhak..Tidak ada yang menjadi milik kamu..semuanya milik Allah s.w.t.. Kamu hanya menjaga amanah daripada Allah s.w.t.. Dan jangan ada rasa dimiliki oleh seseorang walaupun setelah bernikah, kerana kamu tetap menjadi milik Allah..Dan DIA lebih berhak ke atas diri kamu.. Allah adalah segala-galanya buat kamu..Kamu memiliki-Nya dan kamu dimiliki-Nya.. Dia sentiasa dekat dengan kamu dan Dia tidak pernah meninggalkan diri kamu dalam apa jua takdir-Nya.. "Sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah menguji dia, itu petanda dia belum kenal Allah"    

Wednesday, June 15, 2011

::kEsakitAn itU satU niKmaT::

Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu satu kewajipan ke atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan nikmat terbesar yang telah dikurniakan Allah kepada seorang hamba. Namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Sekiranya seseorang itu sakit dan mampu merenungi pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak akan menginginkan kesembuhan daripada penyakit tersebut. Sesuatu penyakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa dan ia juga dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Apabila seseorang itu mampu bersabar dengan segala cubaan dan penyakit yang menimpa dirinya bemakna dia mempunyai hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. Semua itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada-Nya.  

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sungguh ajaib keadaan seorang Mukmin. Seluruh keadaannya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ditimpa musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. " (hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a.) 


Monday, June 13, 2011

::cUkUpLaH sEkAdaR mEnciNtAinyA dALaM diAM..::

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Sumber : iluvislam
sharing is caring =)


::prOmo sTaNzA ciNta @ tv3::


Akhirnye dapat jugak tengok promotion drama STANZA CINTA kt TV3....
Dikesempatan ini nak jugak promote di blog saya ini..
Mungkin kerana minat saya terhadap jalan cerita di dalam novel tersebut membuatkan saya rasa tidak sabar menanti kehadiran drama ini...
Dan novel ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap diri saya..
Membuatkan saya tersedar akan sesuatu yang mungkin saya tidak perasan selama ini....
Disebabkan itu, novel Stanza Cinta memberi begitu banyak kesan terhadap diri saya...
Diharapkan penulis novel STANZA CINTA (Nurull Halawati) ini akan meneruskan lagi usaha beliau supaya terus berkarya dan menghasilkan novel2 yang terbaik..insyaAllah..semoga dipermudahkan segala yang baik untuk beliau..=)

"aku berkarya kerana Allah..mengharapkan redha dan rahmatNya. moga sedikit cetusan idea dan ilhamku mampu menjadi "suntikan" untuk masyarakat menilai, menerima dan memahami ISLAM. mungkin tak mampu ku ubah banyak, namun cukuplah sekadar "menyuntik" sesuatu dalam hati penonton..krn itulah permulaannya pada sebuah "pencarian"-Nurull Halawati



Sunday, June 12, 2011

::sEnTiAsA inGat kEbaikKaN orAng LaiN::


Mereka yang berada disekeliling kita merupakan sebahagian daripada hidup kita. Merekalah yang menjadikan kehidupan kita penuh dengan suka duka, gembira ria dan sebagainya. Kita tidak boleh hidup bersendirian tanpa rakan, jiran, pasangan, atau sesiapa sahaja yang kita perlukan. Ada orang yang kita selalu umpatkan, gosipkan, kutuk, dan keji tetapi kita tidak sedar yang hakikatnya merekalah orang yang penting dalam hidup kita. Kita haruslah selalu melihat kebaikkan yang telah mereka lakukan terhadap kita dan elakkanlah diri dari bersangka buruk terhadap mereka. Melihat kepada kebaikkan orang boleh melupakan kita kepada kelemahan mereka. Dengan itu kita akan lebih menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita.  


P/S: Jalinkan sesuatu hubungan itu kerana Allah S.W.T...=)

Thursday, June 9, 2011

::mEngELuh???sAbAr jLn yG tErbAeK::

Kenapa setiap ada masalah ramai yang pastinya mengeluh. Mereka yang ada sifat ini kerap mengomel dek kerana kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Kebiasaannya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah S.W.T. Meraka yang mempunyai hubungan yang baik dengan DIA akan selalu bersangka baik dengan ujian-Nya. Ujian yang diberi adalah untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka. Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada ujian melakukan kesalahan apabila menerima ujian-Nya. Maka jauhkanlah sifat mengeluh dalam kehidupan harian kita. Moga ingatan kita tidak henti-henti mengingati pencipta kita Allah s.w.t dan sekali gus menyebabkan hati kita berasa tenang dan bahagia dalam menghadapi kehidupan seharian..insyaAllah..=)

effa saiD: setiap jalan menuju kebahagian itu akan diselang selikan dengan pelbagai dugaan supaya kita sentiasa bersabar dan kuat..sentiasalah bersangka baik pada yang Maha Pencipta..

::iSLamiC CoUpLe::

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
sources:
get this full article from:
effa saiD>>>sHaRing iS cArinG =)

Tuesday, June 7, 2011

::ciNtA itU suCi & iNdAh::


CINTA itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yang mengotori dengan calitan nafsu dan syahwat. CINTA bertambah indah dan suci apabila Islam membatasinya dengan syariat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi CINTA, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. CINTA yang didasari tuntutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa nafsu merupakan lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Janganlah CINTA itu dicemari dengan CINTA berlogikkan nafsu syahwat semata-mata sehingga menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan noda kerana CINTA ITU SUCI & INDAH…=)

Allah berfirman yang bermaksud: “ Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya. Dan daripada kedua-duanya Allah membahagiakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”. (surah al-Nisa’ 4:1) 

Saturday, June 4, 2011

~stAnZa ciNtA~


Berderai mata hatiku
mendera semua harapan 
selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu


Meski sejuta cinta menyapa
masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami 
di bawah cinta-Mu alirkan bahagia
di redha-Mu


Ku tidurkan mimpi indah ini 
pada-Mu yang menggenggam takdir 
ku sandarkan harapanku ini pada-Mu ya Ilahi
ku simpan dalam rongga hati 
Stanza Cinta..

Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah

::dRaMa sTaNzA ciNtA baKaL ditAyAnGkN di TV3::



Tahniah buat penulis novel STANZA CINTA, NURULL HALAWATI (http://www.facebook.com/nurull.halawati ) kerana drama STANZA CINTA bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi..iaitu pada 19 June, 9 malam... dan akan disiarkan selama 13 episod...semoga drama ini akan mendapat sambutan penonton yang menggalakkan kerana novel ini merupakan novel yang mempunyai jalan cerita yang terbaik.. jalan ceritanya membuatkan mengalirnya airmata cinta pada-Nya apabila membacanya..di dalam novel ini terselit sebuah mesej "cinta suci & abadi" ..semoga apa yang ingin disampaikan oleh penulisnya akan dapat dihayati oleh pembaca dan penonton..bagi mereka yang belum membaca lagi novel ini kamu boleh lihat pada sinopsis dari blog penulis tersebut..
http://www.nurullhalawati.blogspot.com/p/home.html


P/S: tidak terasa rugi apabila dapat memiliki novel ini..kehadiran novel ini memang tepat pada masanya semasa mula membacanya..novel ini telah menyuntikkan kesedaran bahawa cinta yang suci dan abadi itu datangnya dari Allah S.W.T..Dia yang memberi rasa cinta itu dan Dia juga yang berhak menghilangkn rasa itu di dalam hati manusia..sesungguhnya Dia yang memegang setiap hati hamba2-Nya....teguhkanlah CINTA pada-Nya..cintailah manusia itu seadanya... 

Ya Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu...


Thursday, June 2, 2011

~sEkadAr TEMAN SEMENTARA~



MengEnaLi sEsEornG itU kDanGkaLa mEmBuat KitE kEtaWa…
MengEnaLi sEsEornG itU jUgE kDanGkaLa mEmBuaTkaN kitE mEngALirkAn aiRmaTa…
sEsUngGuhnYE ..
mEngEnaLi sEsEoRanG itU maMpU mEmBeri sEjuTa rAsA..
mArAh, jAuh AtiE, sEdiH, gEmbiRa, sAyAnG, & riNdU…
tp sEdArkaH kiTa??? mEngEnaLi sEsEorNg itU sEbEnArNyE aDaLaH sAtU ANUGERAH…
biArpUn haDiRnyA hAnYa sEkeTikA & sEkAdAr TEMAN SEMENTARA…
bErsYukUrLah dGn kEhaDiRannYa kErNa bArAnGkaLi mELaLuinYa Lah kitE mEnGerTi apA iTU eRti sUatU pErhuBungaN…

p/s: Hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya. Kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang telah diberikan-NYa. Hidup ini tidak semestinya kita akan selalu berada di atas. Kadangkala kita harus juga berada di bawah supaya kita tidak mudah terleka dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kadangkala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Kadangkala kita pelu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis airmata. Kegembiraan itu satu ujian dan kedukaan itu juga adalah ujian dari-Nya. Dan setiap kekecewaan dan kedukaan itu adalah titian menuju kebahagiaan…

::TidAk iStiqAmaH dALam sEsuAtu huBunGaN::


Seseorang yang sering bertukar-tukar pasangan 
antara orang yang sukar menemui jodoh. 
Sebabnye golongan sebegini sebenarnye mempunyai sifat
 suka mempermainkan perasaan orang lain. 
Apabila suka pada seseorang, dia akan mendekatinya
 tapi apabila dia bertemu dengan yang lain dia akan beralih arah pula kepada orang itu. 
Apabila seseorng itu menyebabkan kekecewaan 
terhadap pasangan yang ditinggalkan menyebabkan hidupnya tidak diberkati. 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan. 
Oleh sebab itu seseorang yang ingin mudah bertemu jodoh
 hendaklah sentiasa menghargai dan menghormati bakal pasangannya 
dan jangan terlalu mudah untuk meninggalkannya. 
Pertahankan sebaik mungkin perasaaan cinta yang ada di hati 
agar masing-masing selamat meniti hari menuju ke hari yang menghalalkan percintaan itu. 
Tetapi harus difahami mempertahankan perasaan itu mestilah sesuai 
dengan landasan syariat tanpa dinodai nafsu dan syahwat..
wallahualam..