background

Thursday, June 16, 2011

::mEmiLiki & dimiLiki::



Mengapa semua rasa pedih ada di dalam hati disaat ditinggalkan, dikecewakan atau putus cinta???? Ini kerana wujudnya sifat atau rasa memiliki atau dimiliki oleh seseorang itu. Si lelaki merasakan si wanita itu kepunyaannya dan sebaliknya juga..maka apabila salah seorang dari mereka melarikan atau menghilangkan diri, dan hidup mereka jadi tidak terurus dek kesedihan yang terlampau..Jika difikirkan dengan sedalam-dalamnya, apa yang kita rasa adalah milik kita sebenarnya bukanlah milik kita..Dia adalah milik Allah, maka bila-bila masa saja Allah boleh mengambilnya samada menerusi kematian, perpisahan, atau penceraian... Untuk tidak menjadi terlalu menderita didalam hidup maka janganlah rasa kamu memiliki sesuatu..Ingatlah bahawa kamu hanya peminjam bukan pemilik..Jika sesuatu itu diambil dari kamu oleh empunyanya bukan bermakna sesuatu itu dirampas dari kamu tetapi sebenarnya kamu memulangkan kembali pada yang lebih berhak..Tidak ada yang menjadi milik kamu..semuanya milik Allah s.w.t.. Kamu hanya menjaga amanah daripada Allah s.w.t.. Dan jangan ada rasa dimiliki oleh seseorang walaupun setelah bernikah, kerana kamu tetap menjadi milik Allah..Dan DIA lebih berhak ke atas diri kamu.. Allah adalah segala-galanya buat kamu..Kamu memiliki-Nya dan kamu dimiliki-Nya.. Dia sentiasa dekat dengan kamu dan Dia tidak pernah meninggalkan diri kamu dalam apa jua takdir-Nya.. "Sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah menguji dia, itu petanda dia belum kenal Allah"    

No comments: