background

Tuesday, June 7, 2011

::ciNtA itU suCi & iNdAh::


CINTA itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yang mengotori dengan calitan nafsu dan syahwat. CINTA bertambah indah dan suci apabila Islam membatasinya dengan syariat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi CINTA, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. CINTA yang didasari tuntutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa nafsu merupakan lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Janganlah CINTA itu dicemari dengan CINTA berlogikkan nafsu syahwat semata-mata sehingga menjerumuskan diri ke lembah maksiat dan noda kerana CINTA ITU SUCI & INDAH…=)

Allah berfirman yang bermaksud: “ Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya. Dan daripada kedua-duanya Allah membahagiakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”. (surah al-Nisa’ 4:1) 

No comments: