background

Wednesday, June 15, 2011

::kEsakitAn itU satU niKmaT::

Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu satu kewajipan ke atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan nikmat terbesar yang telah dikurniakan Allah kepada seorang hamba. Namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Sekiranya seseorang itu sakit dan mampu merenungi pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak akan menginginkan kesembuhan daripada penyakit tersebut. Sesuatu penyakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa dan ia juga dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Apabila seseorang itu mampu bersabar dengan segala cubaan dan penyakit yang menimpa dirinya bemakna dia mempunyai hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. Semua itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada-Nya.  

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sungguh ajaib keadaan seorang Mukmin. Seluruh keadaannya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ditimpa musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. " (hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a.) 


No comments: