background

Sunday, June 26, 2011

::kEcEwA kEraNa ciNta::



Sesiapa yang tidak inginkan orang yang kita cintai terus setia bersama kita. Semua mahukan si dia setia sehingga menempuh alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat. Segala kata yang mengukuhkan mahupun segala janji telah diberikan dan sehingga kita rasa dialah yang terbaik untuk kita. Tetapi tiba-tiba dia pula berpaling tadah. Dan waktu itu kita mempersoalkan "Mengapa aku yang harus menanggung semua derita ini??". Kita berasa kecewa kerana kita merasa dialah yang terbaik, tercantik, terindah dan semua yang ter...dan segala-galanyalah. Sehingga kita sukar membayangkan ada orang lain seumpama dirinya. Dan kita pula memberikan cinta sepenuhnya. Sehingga ketika dia pergi tanpa berpaling padamu dan kamu bertanya "Kenapakah aku yang terpaksa menerima nasib sebegini".. Jika masih ada iman yang bersemi di dada, kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika lalu berkata "Allah ada!!!"..Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Katakan dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia yang terbaik tetapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti akan datang walaupun tidak dalam bentuk yang kita jangkakan. Jangan pernah merasakan diri kamu tersisih sebaliknya kamu adalah orang yang terpillih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Itulah rahmat Tuhan, kekadang Dia memutuskan untuk menyambungkan, bermaksud putus cinta dengan manusia lalu bercinta dengan Allah. Sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Disebalik kesusahan, kegagalan itu pasti ada sebabnya dan semuanya itu telah tertulis di dalam luh mahfuznya. Sesungguhnya dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah mengingati Allah...


No comments: