background

Thursday, June 9, 2011

::mEngELuh???sAbAr jLn yG tErbAeK::

Kenapa setiap ada masalah ramai yang pastinya mengeluh. Mereka yang ada sifat ini kerap mengomel dek kerana kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Kebiasaannya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah S.W.T. Meraka yang mempunyai hubungan yang baik dengan DIA akan selalu bersangka baik dengan ujian-Nya. Ujian yang diberi adalah untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka. Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada ujian melakukan kesalahan apabila menerima ujian-Nya. Maka jauhkanlah sifat mengeluh dalam kehidupan harian kita. Moga ingatan kita tidak henti-henti mengingati pencipta kita Allah s.w.t dan sekali gus menyebabkan hati kita berasa tenang dan bahagia dalam menghadapi kehidupan seharian..insyaAllah..=)

effa saiD: setiap jalan menuju kebahagian itu akan diselang selikan dengan pelbagai dugaan supaya kita sentiasa bersabar dan kuat..sentiasalah bersangka baik pada yang Maha Pencipta..

No comments: