background

Wednesday, June 22, 2011

::ciNtaiLah sEadAnyA::



"Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.. 
Bencilah apa yang engkau benci itu sekadarnya sahaja, 
kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika"

Jika kamu kenal Allah s.w.t hati kamu akan lega dan reda sekiranya sesuatu musibah itu menimpa diri kamu. Apabila sesuatu musibah itu melanda selalulah kamu ingat bahawa itu adalah petanda Allah agar kita ingat pada-Nya. Sesuatu kebaikkan yang datang dalam bentuk kepahitan dan ubat yang paling mujarab untuk kita yang sering hilang sifat kehambaan. Cintailah sekadarnya sahaja supaya apabila kelak dia pergi dari hidup kamu, kamu akan dapat menerimanya dengan baik. Ingatlah setiap perpisahan itu petanda-Nya untuk kamu mendekatkan diri pada cinta-Nya. Jangan sekali-kali melihat kebahagiaan itu sebagai sesuatu yang teramat indah. Apa yang berlaku semuanya di luar jangkaan kita. Sesungguhnya kita tidak mampu menahan sesuatu itu daripada berlaku terhadap diri kita. Cintailah sesuatu yang kamu amat sayang itu seadanya kerana semua itu hanya pinjaman sementara. Apa yang berlaku pada hari ini kebanyakkan mereka terlalu mencintai dunia berbanding mengejar cinta pada-Nya. Sesuatu itu harus dibataskan dengan meningkatkan cinta pada-Nya. 

 "Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya, 
agar tidak berpaling daripada-Mu.."

"Ya Allah, aku mencintai dia kerana-Mu. Sungguh! Hanya kerana-Mu, kerana cintanya yang ada untuk-Mu. Izinkan aku menikmati keindahan cinta yang Engkau anugerahkan ini Ya Allah..amin.." 


No comments: