background

Saturday, February 19, 2011

mY assigNmeNt...;-)

assalammualaikum...
tuk subjek ctu arie tuh,sy kne wt assignment yg brtajuk Pembangunan Kampung Baru ke arah Memperkasakan Melayu Bandar..nie lah antara hasil keje ku...rajin2 kn lah dri tuk mmbace..as knwledge..selamat membace tuk mnambahkn info anda..;-)

Seperti yang diketahui umum isu pembangunan Kampung Baru telah lama diusahakan bermula pada 1957 dengan menyatukan pelbagai lot-lot kecil tetapi langkah tersebut tidak menjadi. DBKL telah mengemukakan pelan konsep pembangunan dengan tujuan mengelakkan pemilik individu membangunkan tanah mereka secara persendirian. Setelah itu, pada tahun 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan jawatankuasa pembangunan semula Kampung Baru tetapi usaha itu gagal. MAS Melayu Berhad juga pernah ditubuhkan untuk membangunkan Kampung Baru, tetapi usaha mereka terhenti separuh jalan. Pelan Tempatan Kampung Baru yang dikeluarkan oleh DBKL pada 1992 sehingga kini tidak diketahui umum bentuknya sehinggalah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya yang melibatkan Kampung Baru dibentangkan.  
Antara isu yang berbangkit berkaitan dengan Kampung Baru adalah isu berkaitan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Katanya walaupun kuota 40% daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak, orang melayu dipastikan akan menjadi keutamaan. Walaubagaimanapun cadangan ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Baru. Mereka tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana mereka ingin mempertahankan Kampung Baru sebagai satu-satunya asset orang melayu dalam kawasan tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Mereka lebih rela membangunkan Kampung Baru dengan cara kemampuan sesame mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin akhirnya nanti terlepas ke tangan pihak yang lain. Selain itu isu yang terbaru adalah apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membentangkan satu pelan pembangunan alternatif  kepada pemilik tanah dengan memberi jaminan bahawa hak pemilikan kaum bumiputera ke atas tanah mereka akan dikekalkan. Pelan tersebut dirancang dengan pembentukan satu tabung amanah untuk mentadbir tanah di Kampung Baru. Melalui rancangan alternatif tersebut, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka. 
Persoalan yang timbul adakah pegangan penduduk Kampung Baru ke atas tanah mereka akan dikekalkan apabila kuota 40% daripada kawasan tersebut dibukakan kepada kaum lain iaitu bukan bumiputera. Ada pihak yang memutarbelitkan bahawa apabila orang bumiputera enggan menyetujui cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan. Selain itu timbul juga persoalan adakah penduduk Kampung Baru akan kekal di Kampung Baru atau memerlukan untuk mereka berpindah ke tempat lain setelah pembangunan di Kampung Baru dijalankan. Mereka khuatir hak pemilikan tanah mereka hilang begitu sahaja dan nasib mereka tidak akan terbela. Ada juga yang mempersoalkan berbaloikah pampasan yang diberi dengan menggadaikan tanah mereka kepada kerajaan untuk dibangunkan. Kepada pihak-pihak tertentu haruslah tampil memberi penerangan yang lebih jelas supaya penduduk Kampung Baru tidak berada dalam dilema.
Persepsi orang ramai  terhadap pembangunan Kampung Baru, ada diantara mereka bersetuju jika Kampung Baru dibangunkan bagi mewujudkan struktur kawasan yang efisien dan saksama. Penduduk yang mempunyai kepentingan hartanah dan perniagaan di Kampung Baru menyokong rancangan untuk membangunkan Kampung Baru dengan syarat pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh mereka dan memenuhi harapan mereka yang munasabah. Disamping itu wujud juga kumpulan pemilik tanah yang mendesak kerajaan membayar pampasan yang terlalu tinggi daripada harga pasaran dan penyewaan. Ada juga pihak yang ingin mempengaruhi tuan tanah supaya menyerahkan kuasa menguruskan tanah sehingga berlaku penipuan.
Terdapat segelintir pihak melabelkan kaum bumiputera adalah bersifat perkauman apabila mereka enggan tanah Kampung Baru terlepas ke tangan orang bukan bumiputera. Pada pandangan saya, bukan untuk mewujudkan sifat perkauman dalam kalangan bumiputera, tetapi untuk melindungi hak kaum bumiputera sebagai pemilik tanah Kampung Baru. Kampung Baru merupakan tanah orang melayu yang mereka pertahankan selama 110 tahun, kenapa tidak mereka diberi peluang untuk membangunkan sendiri tanah mereka. Mereka mempunyai hak untuk membangunkan tanah mereka sendiri. Dalam perkara yang lain,.seharusnya DBKL berbincang terlebih dahulu dengan penduduk Kampung Baru dari mula-mula perancangan dalam soal pembangunan Kampung Baru. Ini untuk mengelakkan salah faham dari mana-mana pihak kerana soal ini harus dipandang serius kerana sebelum membuat pelan untuk Kampung Baru, perbincangan haruslah diadakan terlebih dahulu. Dari sudut yang positif, perbincangan pelan pembangunan Kampung Baru bersama penduduk-penduduk mungkin menghasilkan persepakatan yang terbaik.    
Mengenai cadangan konsep pembangunan Kampung Baru, pihak tertentu terutama sekali kerajaan haruslah mendapat persetujuan daripada pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpndah ke tempat lain. Selain itu, harapan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa pembabitan sektor swasta bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru akan diwujudkan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Semoga masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan segera dengan menggerakkan badan amanah untuk merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kampung Baru dengan mengambi kira kebajikan dan hak pemilik. Selain itu pihak berkenaan haruslah memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu dipindahkan.


No comments: