background

Saturday, March 5, 2011

::bLajArlAh daRi kEsiLapAn....::

Setiap manusia itu tidak sempurna. Pasti ada kesilapan yang dilakukan kerana dek kelemahan masing2. Sebagai insan biasa kita haruslah menerima kelemahan yang ada. Meskipun sukar, itulah kenyataan yang harus kita akui. Anggaplah ia sebagai proses pembelajaran dalam kehidupan ini. Walaupun kita sudah cuba melakukan yang terbaik, kadang-kadang kita tidak sedar terselitnya kesalahan yang kita lakukan. Dan setelah itu bila kita sedar kita sudah melakukan kesilapan, haruslah kita memperbaikinya dengan segera. Itulah kesan positifnya kalau kita melakukan kesilapan. Tidak perlulah kita mencari kesalahan siapa, tapi cuba mencari bagaimana untuk memperbetulkanya. Haruslah berjanji pada sendiri supaya kesalahan yang sama tidak dilakukan berulang kali. Untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan mungkin memerlukan masa yang lama dan juga kesabaran yang tinggi. Tidak sia-sia kalau kamu bersabar dalam menghadapi kesukaran kerana kamu juga akan memperolehi kebaikan. Selalu positif dengan persekitaran yang berlaku disekeliling kamu kerana ia akan membantu kamu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Aku sendiri akui aku mempunyai banyak kelemahan yang harus diperbaiki. Banyak kejadian yang berlaku pada diriku sendiri sejak akhir-akhir ini yang membuatkan aku sedikit ‘down’. Pada masa yang sama aku akui agak sukar untuk aku mengakui kesalahan yang aku lakukan sehingga berasa kecewa dengan diri sendiri. Tapi mujur Dia membimbing aku untuk kembali pada Nya. Setiap kejadian yang berlaku mungkin ada sebabnya. Aku bersyukur pada Nya kerana masih diberi kesempatan untuk aku memperbetulkan apa yang salah. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya..InsyaAllah.. Buat mereka-mereka yang mungkin sudah melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak sengaja, cubalah belajar dari kesilapan…as our life learning process…semoga dipermudahkan Nya dalam mencari langkah-langkah baru..insyaAllah…=)
Please leave any comment..sharing is caring..=)

No comments: