Bersihkan jiwamu dahulu..
Pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak
menerima nikmat itu
Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu
Apabila disusahkan orang
terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah, aku disusahkan"
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
orang diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya
bila-bila waktu sahaja akan menjemput
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya
Kakinya didunia, namun hatinya
sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.....
~Stanza Cinta~
No comments:
Post a Comment