background

Thursday, July 7, 2011

::ciNta yg DIA kiriM unTuk Ku::

Ya Tuhanku, izinkan daku mencintainya dengan sepenuh hatiku

Izinkan daku mencintainya dengan sekadar cinta yang Kau beri

Izinkan daku menjadi Sang Hawa yang membahagiakan Sang Adam

Seperti Hawa yang menemani Adam di syurga daripada kesunyian

Berikanlah kepadaku sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang daripada-Mu

Berikanlah daku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya

Berikanlah daku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah daku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana

sehingga mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat 

dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

p/s: moga diriku mampu menjadi wanita terbaik disisi kamu yang memberikan seluruh kebahagiaanku buat kamu...moga bahagiaku menjadi milikmu setia berkongsi derita dan kesedihan kamu kerana diriku mahu melihat dirimu tersenyum bahagia ketika disisiku.....insyaAllah...

Entri ini khas buat kamu....ku menyayangimu...:) 



No comments: