background

Friday, July 15, 2011

::CINTA IBARAT AIR::

Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidupan anda terumbang-ambing...

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita..

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia berterusan menghanyutkannya ke muara...

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya...

Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..^_^


No comments: